suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PDRM Tawar Lebih 2,000 Jawatan Kadet Inspektor

Gambar hiasan.
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan kadet inspektor kepada pegawai lepasan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tawaran tersebut bertujuan memberi peluang kepada graduan Suksis menceburkan diri secara lebih lanjut dalam bidang kepolisan sejurus tamat pengajian. 

"Dengan latihan selama tiga tahun di universiti, kami merasakan latihan tempoh asas juga akan dipendekkan sekiranya mereka terpilih untuk sertai PDRM.

"Namun mereka perlu lulus ujian integriti melalui 'Malaysian Integrity Test'.

"Ini adalah bagi memastikan pegawai yang dipilih mempunyai tahap integriti yang tinggi dan saya harap siswazah Kor Suksis yang memang berminat dalam bidang kepolisan dapat menggarap peluang ini sebaiknya," katanya dalam ucapan pelancaran pengambilan pegawai Kor Suksis ke jawatan kadet Inspektor di Dewan Sri Budiman, Univerisiti Teknologi Mara (UiTM), di sini Isnin.

Teks ucapannya dibacakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. 

Sehingga kini, sebanyak 5,994 mahasiswa dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditauliah sebagai pegawai Kor Suksis sejak penubuhannya pada 2005. 

Sementara itu, Acryl Sani berkata pihaknya telah menerima 1,300 permohonan pegawai lepasan Kor Suksis untuk memenuhi kekosongan jawatan tersebut. 

Beliau juga berkata permohonan menjadi polis daripada kaum bukan Melayu semakin bertambah setiap tahun.

PDRM, Kadet Inspektor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain