Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat - Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Keadaan banjir yang melanda Long Panai Baram, Miri, Sarawak baru-baru ini.
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat sedikit kepada 58 orang daripada 14 keluarga, setakat 8.30 pagi Sabtu berbanding 48 orang daripada 12 keluarga malam Jumaat.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata dua pusat pemindahan masih beroperasi, iaitu di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong, Miri yang menempatkan 30 mangsa daripada enam keluarga dan Balai Raya Sebauh, Bintulu yang menempatkan 28 orang daripada lapan keluarga.

Sementara itu, jurucakap Bilik Operasi Banjir Pejabat Daerah Kecil Beluru Ricky Bayang ketika dihubungi untuk mengesahkan bilangan mangsa yang berada di pusat pemindahan berkata, keadaan banjir di Bakong bertambah baik dengan air Sungai Bakong semakin surut.
banjir , Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MyEG: Sesi Rundingan Meja Bulat Ditangguh

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"