suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Dihempap Pokok

BANTING: Seorang lelaki maut akibat dihempap sebatang pokok dalam satu kejadian di sebuah gerai makan berhampiran pejabat Jabatan Perhutanan di Telok Datok, di sini, Jumaat.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa P. Anbarasan, 54, sedang menjamu selera bersama tiga rakannya sebelum sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap mangsa.

Ketua Balai Bomba Banting Mohd Jaslizad Jalil ketika dihubungi berkata pihak bomba bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 2.44 petang tadi.

"Kejadian itu berlaku disebabkan angin kencang sekitar pukul 2 petang tadi.

Mangsa ketika itu sedang makan bersama tiga lagi rakannya sebelum sebatang pokok yang berhampiran tumbang lalu manghempapnya.

"Berikutan itu, pihak bomba terpaksa memotong dahan pokok yang menghempap mangsa menggunakan 'gergaji rantai' sebelum berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira setengah jam kemudian," katanya.

Beliau berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain