suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Pahang Tidak Puas Hati

Sultan Ahmad Shah (dua, kiri), berkenan meninjau Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Lembah Bertam, pada Jumaat. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. -fotoBERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa tidak puas hati baginda dengan tindakan pihak berkaitan dalam menangani usaha pemulihan banjir lumpur di Lembah Bertam baru-baru ini.

Baginda menyifatkan tindakan yang diambil sebagai tidak efisien dan tidak lancar seperti yang diharapkan.

"Cameron Highlands adalah sebuah pusat peranginan yang unggul. Jadi adalah penting untuk kita mengekalkan kecantikannya," titah baginda semasa sesi taklimat agensi kerajaan berkaitan projek tebatan banjir Lembah Bertam, di Pusat Gerakan Rela dan Bomba Sukareka Lembah Bertam di sini, Jumaat.

Sultan Ahmad Shah bertitah semua agensi perlu bekerjasama dalam menghadapi krisis atau bencana seperti banjir.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Pahang bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka kerana kita semua sentiasa bekerja sebagai satu pasukan.

"Jadi saya harap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya," titah baginda.

Lembah Bertam, Cameron Highlands

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain