suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ziarah Nik Aziz Di Hospital

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melawat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu dan berdoa supaya Mursyidul Am PAS itu segera sembuh.

"Baru saja menziarah Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM. Marilah kita berdoa agar beliau pulih segera," kata Perdana Menteri menerusi laman rasmi Facebooknya. 

Nik Aziz, 83, dimasukkan ke HUSM pada 21 Januari lalu dan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu pada hari berikutnya.

Dilaporkan pemimpin PAS itu dimasukkan ke wad akibat kanser prostat dan telah menjalani kemoterapi sejak 2012.

Nik Aziz, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain