suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Kemalangan Bas Persiaran Stabil

Mangsa kemalangan yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi Khamis, di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. -- fotoBERNAMA
IPOH: Lima mangsa yang cedera parah dalam kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas persiaran dekat Tapah kini berada dalam keadaan stabil. 

Ketua Polis Tapah, Cif Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata mereka yang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan beberapa pusat perubatan swasta di Ipoh kini sedang beransur pulih. 

"Kami masih lagi menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan. 

"Kami telah mengambil kenyataan daripada semua pihak yang terlibat," katanya ketika dihubungi pada Jumaat. 

Lapan orang termasuk pemandu bas persiaran malang tersebut maut selepas bas berkenaan cuba mengelak daripada melanggar sebiji tayar yang ditinggalkan di tengah jalan yang di Lebuhraya Utara-Selatan  KM326.3 pada pukul 1.15 pagi Khamis. 

Kejadian itu menyebabkan pemandu bas persiaran tersebut hilang kawalan dan terbabas sebelum berlanggar dengan sebuah kereta hingga menyebabkannya terbalik. 

Bas berkenaan terbabas ke sebelah kiri sebelum terbalik ke dalam parit dan akhirnya terbakar.

mangsa kemalangan, stabil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain