suria

Ahli Perniagaan Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera Pembantu Rumah

IPOH: Polis menahan seorang ahli perniagaan wanita di kediamannya di Bercham di sini, malam Isnin bagi membantu siasatan kes penderaan pembantu rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, tangkapan pada pukul 9.30 malam itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat wanita warga Indonesia itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Isnin.

"Wanita yang telah berkahwin itu ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Selasa.

Katanya, polis turut merampas satu seterika untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, pembantu rumah berumur 25 tahun itu dihantar orang awam ke Balai Polis Tambun pada 1 Januari lepas, selepas menemuinya dalam keadaan cedera.

"Polis kemudian membawa wanita berkenaan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Doktor yang merawat wanita itu membuat laporan polis kerana terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala, lengan kanan dan kiri, dada serta leher wanita itu, disyaki didera," katanya.
Bercham, pembantu rumah, penderaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain