suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenyataan Penuh Kedudukan Ekonomi Malaysia Minggu Depan - Najib

Najib Tun Razak bersama Dr Huang Huikang pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir dari Kerajaan China kepada Malaysia melalui Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat kenyataan penuh mengenai kedudukan ekonomi negara minggu depan.

"Saya akan buat kenyataan minggu depan," katanya ketika menjawab pertanyaan mengenai sasaran ekonomi, bajet dan fiskal, berikutan kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan banjir dari China, pada Selasa.

Najib menerima bantuan itu daripada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Bantuan berkenaan antara lain terdiri daripada 2,950 unit khemah, 220 setjana kuasa, 400 pam air dengan kapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 set penulenan air dengan kapasiti 500 liter/sejam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri Datuk SeriZahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain