suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat, Tiga Negeri Semakin Baik

Seorang murid tahun enam, Ahmad Affendi Ahmad Riduan,12, termenung di atas tangga selepas mempersiapkan beg dan pakaian biasa walaupun rumahnya telah rebah menyembah bumi selepas kampungnnya Kampung Buntut Pulau teruk dilanda banjir besar.

KUALA LUMPUR:  mangsa banjir yang ditempatkan dipusat pemindahan dilaporkan sedikit meningkat di Pahang, sementara di Kelantan,Perak dan Johor terus menunjukkan penurunan, setakat 8 malam Selasa. 

Jumlah keseluruhan mangsa di empat negeri berkenaan kini 4,434 berbanding 4,569 petang tadi.

Di PAHANG, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat sedikit kepada 939 orang berbanding 892 orang petang tadi.

Bagaimanapun, di Pekan kesemua 99 mangsa banjir dibenarkan pulang. 

Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir menurun kepada 1,525 berbanding 1,555 orang petang Selasa.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Machang berkurangan kepada 30 orang berbanding 60 orang sebelum ini manakala jumlah mangsa banjir di Kuala Krai kekal 988, Gua Musang (414 orang) dan Tanah Merah (93 orang).

Di PERAK, jurucakap MKN negeri berkata jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,952 orang berbanding 2,096 petang tadi dengan jumlah mangsa banjir di Perak Tengah kini 1,632 orang, Hilir Perak (210 orang), Manjung (76 orang) sementara di Hulu Perak kekal dengan 34 orang.

Di JOHOR, keadaan banjir semakin pulih dengan mangsa banjir hanya tinggal 18 orang berbanding 26 orang petang.

Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain