Agama Boleh Jadi Kuasa Utama Penyatuan - Mais - Semasa | mStar

Agama Boleh Jadi Kuasa Utama Penyatuan - Mais

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyaksikan majlis penyerahan semula kitab Bible yang dirampas sebelum ini. Penyerahan oleh Mohamad Adzib kepada Bolly (kiri) di Istana Alam Shah, Klang itu dibuat pada November tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Agama boleh digunakan sebagai kuasa utama penyatuan dengan memberi tumpuan kepada persamaan, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau berkata, menyedari setiap agama mempunyai identiti sendiri, namun nilai dan prinsip yang dikongsi oleh pelbagai agama akan mewujudkan perpaduan walaupun terdapat perbezaan.

"Mengambil contoh mengenai kenyataan oleh Ketua Biskop Sarawak, Datuk Bolly Lapok baru-baru ini berhubung rampasan 321 naskah bible yang mengandungi kalimah 'Allah'.

"Bolly berkata beliau kesal dengan isu yang dibangkitkan dalam media dan menambah bahawa tiada niat di pihak berkuasa untuk merosakkan bible atau tidak menghormati masyarakat Kristian," katanya.

Tambah beliau kenyataan Bolly harus dipuji dan menasihatkan setiap individu supaya memainkan peranan untuk mempromosikan penyatuan.

"Agama perlu digunakan untuk menyatukan rakyat," katanya.

Majlis Agama Islam Selangor , Bible

Artikel Sebelum

Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi