suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Sesyen Putus Bantahan Awal Kes Nizar Fitnah PM Pada Selasa

Mohammad Nizar Jamaluddin

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan Selasa untuk memutuskan bantahan awal yang dikemukakan pihak pembelaan dalam kes fitnah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga tahun lepas.

Hakim Rihaida Rafie menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.

Pada 28 Oktober tahun lepas, Hakim Madihah Harullah menetapkan lima hari mulai hari ini sebagai tarikh perbicaraan bagi kes itu.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Mohd Yusof, manakala pihak pendakwaan diwakili Mohd Masri, yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.

Artikel Sebelum

Polis Tahan Eric Paulsen

Artikel Lain