suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid Bawa Beg Sekolah Bukan Mangsa Banjir

Gambar murid lelaki membawa beg daripada kotak ini menjadi viral hingga ramai yang simpati padanya.

KOTA KINABALU: Gambar seorang murid lelaki ke sekolah menggunakan kotak sebagai beg menjadi viral hingga menyebabkan ramai yang ingin tahu lokasi budak itu bagi menyalurkan bantuan.

Malahan, ada yang bertanggapan budak lelaki itu adalah mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Bagaimanapun, selepas ia turut dikongsi menerusi WhatsApp, seorang pengguna Facebook, Azie Azrriena tampil meredakan keadaan di kalangan netizen itu.

Jelasnya, gambar itu diambil di kawasan pedalaman Sabah, iaitu daerah Pensiangan sebelum cuti sekolah tahun lalu.

Beliau juga memuji kebijaksanaan dan kreativiti budak lelaki itu mengubahsuai kotak untuk dijadikan beg sekolah.

"Ia kotak bungkusan susu yang diagihkan pihak sekolah kepada pelajar," katanya.

Katanya, budak itu berbuat sedemikian untuk memudahkannya membawa pulang bungkusan susu yang diletakkan dalam kotak berkenaan.


 

beg kotak, Pensiangan, viral

Artikel Lain