Penjawat Awam Terjejas Banjir Dibenar Ambil Cuti - Semasa | mStar

Penjawat Awam Terjejas Banjir Dibenar Ambil Cuti

DUNGUN: Penjawat awam yang tidak dapat memulakan tugas apabila turut terperangkap di kawasan dilanda banjir baru-baru ini diberi kelonggaran untuk mengambil cuti bencana.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata pihaknya sedang mengemas kini bilangan sebenar penjawat awam yang menghadapi masalah itu.

"Kita maklum ada ramai penjawat awam yang pulang ke kampung untuk bercuti dan tidak boleh kembali bertugas mengikut jadual kerana laluan ditenggelami air, malah ada yang turut menjadi mangsa banjir.

"Mereka perlu memaklumkan keadaan itu kepada ketua jabatan dan perlu bertugas seperti biasa apabila keadaan mengizinkan, manakala bagi penjawat awam yang menyertai misi bantuan kemanusiaan pasca banjir, JPA memberikan mereka cuti khas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan cek faedah terbitan kepada keluarga Allahyarham Mohmad Yusof Awang Noh di Kampung Durian Mentangau di sini, Jumaat.

Di majlis itu, Mohamad Zabidi turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan keperluan asas hasil sumbangan sukarelawan JPA4U kepada keluarga tersebut.

Allahyarham Mohmad Yusof yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau meninggal dunia pada 1 Jan lalu ketika sedang membersihkan sekolah yang terjejas banjir akhir tahun lalu.

Dalam rangka lawatan kerjanya ke Terengganu hari ini, Mohamad Zabidi turut menziarahi dua keluarga penjawat awam yang terkorban ketika bencana banjir baru-baru ini iaitu Allahyarhamah Norhayati Sulong di Taman Geliga Intan dan Allahyarham Mat Zaik Mohd Yusof di Felda Seberang Tayor, Kemaman.

JPA melalui Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT) turut menyediakan pegawai psikologi untuk memberi khidmat kaunseling di kalangan mangsa, keluarga dan petugas yang menghadapi bencana banjir, katanya.

Penjawat Awam , Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain