suria

Zamri Yahya Dilantik Ketua Polis Kedah

ALOR SETAR: Timbalan Pengarah E1(M) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu, berkuat kuasa Khamis.

Beliau mengambil alih tugas yang dipangku oleh Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof selama tiga bulan selepas bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bersara pada 30 Sept tahun lepas.

Majlis serah terima tugas antara mereka yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Zamri, 53, berasal dari Kota Baharu, Kelantan sudah berkhidmat selama 28 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memulakan tugas sebagai Pegawai Turus E1/E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 22 April 1987.

Zamri pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Cawangan Khas di Melaka, Pahang dan Bukit Aman sebelum dinaikkan pangkat ke Deputi Komisioner Polis (DCP) sebagai Timbalan Pengarah E1(M) Cawangan Khas Bukit Aman pada 14 Dis 2010.

Polis, Kedah

Artikel Lain