suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Sawan Mati Lemas Di Hadapan

TUMPAT: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menghidap sawan mati lemas selepas terjatuh ke dalam air banjir di hadapan rumahnya di Kampung Teluk Jering di sini pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, DSP Marzuki Mat berkata dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi itu, Che Muhammad Anuar Che Hassan terjatuh ke dalam air dan ditemui kira-kira tiga minit kemudian.

"Kejadian disedari abangnya selepas melihat adik bongsunya itu terjatuh di dalam air yang kemudian cuba diselamatkannya bersama ibunya.

"Namun mangsa didapati telah meninggal dunia," katanya.

Remaja itu dikatakan menghidap sawan sejak setahun lalu, tetapi kerap diserang sawan sejak dua minggu kebelakangan ini. 

sawan, mati lemas

Artikel Lain