suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sijil Halal Starbucks Tidak Pernah Ditarik Balik - Jakim

KUALA LUMPUR: Sijil halal premis Starbucks tidak pernah digantung atau ditarik balik sehingga kini, kata Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam satu kenyataan, ia menyifatkan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung status halal syarikat itu sebagai fitnah semata-mata. 

"Untuk makluman pengguna, setiap pemegang sijil halal sentiasa dipantau oleh Jakim dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.

Ia menarik perhatian bahawa Bahagian Hab Halal menerima banyak panggilan dan pertanyaan berhubung status halal Starbucks. 

Kebimbingan orang ramai mengenai status halal sajian di Starbucks timbul susulan khabar angin di laman media sosial bahawa bahan yang digunakan untuk membuat kek dan minuman diragui status halalnya.

Artikel Lain