Kementerian Kesihatan Kaji Wujud Piawaian Cermin Mata Hitam - Semasa | mStar

Kementerian Kesihatan Kaji Wujud Piawaian Cermin Mata Hitam

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sedang dalam proses mengkaji kemungkinan mewujudkan piawaian Malaysia untuk cermin mata hitam bukan preskripsi, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, ia bagi memastikan kemampuan produk tersebut melindungi mata  daripada silauan matahari dan menghalang sinaran ungu (UV) serta masalah kanta berkait dengan gangguan penglihatan, kabur dan menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna.

Sementara piawaian sedang dikaji, orang ramai dinasihatkan mendapatkan cermin mata hitam daripada sumber-sumber yang bereputasi, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

"Juru optik dan optometris di Malaysia mampu memberi khidmat nasihat profesional kepada orang awam mengenai pilihan cermin mata hitam.

"Pensijilan cermin mata hitam dari Eropah, Amerika Syarikat dan Australia boleh dijadikan sebagai panduan ketika membuat pilihan tepat memandangkan mekanisme kawal selia sudah ada di negara-negara itu," katanya.

Orang ramai perlu mengambil maklum bahawa harga cermin mata hitam bajet  mungkin tidak hubungkait dengan tawaran tahap perlindungan seperti harga cermin mata hitam mewah, katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tahap warna gelap mungkin tidak secara langsung dikaitkan dengan tahap perlindungan UV yang ditawarkan.

Katanya, menggunakan cermin mata hitam yang lebih gelap ketika memandu dalam cuaca buruk boleh menganggu penglihatan isyarat lampu, papan tanda jalan, jalan raya yang berisiko dan kenderaan kecil.

Beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan badan-badan profesional terbabit dalam industri penjagaan mata untuk menjalankan kempen didikan dan kesedaran bagi memperkasa orang ramai untuk membuat pilihan yAng tepat mengenai perlindungan mata daripada sinaran UV yang bahaya.

Menurutnya, kajian saintifik menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di bawah cahaya matahari tanpa pelindung mata boleh merosakkan mata dengan menyumbang kepada katarak dan perubahan dalam retina serta permukaan mata.

Orang ramai disyor menggunakan cermin mata hitam menyerap 99 peratus sinar UV dan menggunakan topi bertepi lebar apabila terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa lama, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain