suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GST Tidak Boleh Disertakan Dalam Resit Ketika Ini

PETALING JAYA: Peniaga atau syarikat yang mengenakan bayaran mengikut Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak seharusnya menukarkannya kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga ia dilaksanakan pada April tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut akan hanya mengelirukan rakyat, walaupun nilai kedua-dua cukai berkenaan ialah enam peratus daripada nilai jualan runcit.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dikemukakan pengguna mengenai dakwaan mereka telah dikenakan bayaran GST oleh sebahagian peniaga termasuk pengusaha tempat letak kereta persendirian.

GST akan berkuat kuasa 1 April 2015.

Syarikat yang mencatatkan keuntungan tahunan RM500,000 ke atas perlu mendaftar sekarang untuk melaksanakan cukai tersebut.

Lebih daripada 20,000 syarikat telah mendaftar dan kerajaan berharap 300,000 syarikat akan mendaftar sebelum hujung tahun ini.  





GST, SST, Ahmad Maslan

Artikel Lain