Dua Pelajar Politeknik Maut Kemalangan - Semasa | mStar

Dua Pelajar Politeknik Maut Kemalangan

JITRA: Dua penuntut wanita Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) di sini maut setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam parit di Jalan Tok Jalai dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMKTATAR), Naemah Kamal, 19, dari Padang Serai dan Noor Shuhada Abdul Kadir, 19, dari Alor Setar, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki mereka bersama-sama tiga rakan hilang kawalan lalu terlanggar sebuah motosikal di hadapan.

Beliau berkata kereta itu, yang mungkin dipandu laju, terbabas ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

"Dua penumpang kereta tercampak keluar dari kenderaan itu dan seorang daripadanya jatuh ke dalam saliran air. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini, Khamis.

Mayat Naemah dan Noor Shuhada mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Abd Rahim berkata, pemandu kereta berkenaan dan dua lagi penumpang serta penunggang motosikal cedera dan dirawat di Hospital Jitra.

Difahamkan kedua-dua mangsa dan tiga rakan mereka baru pulang dari majlis perkahwinan di Alor Setar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain