suria

Bom Jerangkap Samar Zaman Perang Ditemui Di Tapak Pembinaan

Kelihatan asap dan debu bersebaran impak daripada letupan bom lama yang telah diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di tapak binaan ketika menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di Tunjung di Kota Bharu, Khamis.. Bom yang dijumpai oleh seorang penyelia itu dipercayai jenis jerangkap samar yang digunakan pada zaman itu berjaya diletupkan kira-kira jam 4 petang. Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Sebutir bom jerangkap samar dipercayai peninggalan zaman perang, ditemui seorang penyelia tapak pembinaan ketika kerja meratakan tanah di Tunjong di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa berkata, bom itu ditemui pada kira-kira 1 tengah hari sebelum dimusnahkan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada 4 petang tadi di tapak pembinaan berkenaan.

"Bom terbabit adalah daripada jenis jerangkap samar yang disyaki peninggalan zaman perang dulu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Penyelia berkenaan, Abdul Hamid Mamat, 46, memberitahu pemberita bahawa beliau sedang meratakan tanah menggunakan jentolak ketika ternampak satu objek pelik. 

"Selepas mendekatinya, saya mendapati ia dilengkapi dengan wayar dan satu suis di bahagian belakang," katanya kepada pemberita di lokasi penemuan bom itu.

Menurutnya, objek itu berada di dalam tanah yang sebelum itu diangkut dari Pengkalan Chepa dengan lori.

Artikel Sebelum

Artikel Lain