Anwar Teruskan Tugas Penasihat Ekonomi Walaupun Gelaran Ditarik Balik

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penarikan balik Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A), yang membawa gelaran Datuk Seri, daripadanya tidak menghalang beliau untuk meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

"Darjah Kebesaran S.S.S.A. telah dikurniakan kepada saya pada 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, mengulas kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini bahawa baginda menarik balik darjah kebesaran itu berkuat kuasa 3 Nov lepas.

Mohamad Munir berkata tindakan itu dibuat setelah Sultan Sharafuddin berunding dengan Dewan di-Raja Selangor, dan selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan darjah kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

"Penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang dikurniakan pada 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau (Anwar) sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini," katanya.

Anwar pernah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah,Perak dan Perlis.


Selangor, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Saya Bangga Disaman PM' - Rafizi

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain