suria

Lelaki Maut Ditetak, Ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 36 tahun maut akibat ditetak dengan parang dan ditembak oleh tiga lelaki ketika dia sedang bercakap melalui telefon berhampiran sebuah kedai tayar di Jalan Klang Lama di sini awal pagi Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira 5.45 pagi dan tiga penyerang itu yang memakai topi keledar dipercayai melarikan diri dengan motosikal.

Seorang saksi yang melihat serangan itu memberitahu polis bahawa mangsa dikejar oleh tiga lelaki bertopi keledar yang bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah memberitahu, disebabkan ketakutan saksi yang melihat kejadian itu memasuki sebuah kedai sebelum dia mendengar satu das tembakan.

Selain menjumpai satu kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian, polis yang memeriksa mayat mangsa mendapati terdapat tatu lambang harimau di lengan kiri dan tatu piramid di bahagian belakang mangsa.

Azlee berkata mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh.

Klang Lama, Tembak, Tetak

Artikel Lain