suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jabatan Penerangan Guna Loghat Kelantan Perjelas Isu CBP

TUMPAT: Jabatan Penerangan akan menggunakan loghat tempatan bagi memperjelaskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang mula berkuat kuasa 1 April 2015.

Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) jabatan itu Mohd Sukari Ab Hamid berkata pendekatan itu dilihat lebih berkesan dalam usaha memberi pemahaman kepada rakyat setempat atau di negeri-negeri tertentu.

"Kita telah melatih kumpulan tertentu di setiap negeri untuk menyampaikan maklumat dan memberi pemahaman kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat dan Program Al-Mukminin di Kampung Jejulok di sini, pada Isnin malam.

Katanya kumpulan itu juga dilatih mengikut loghat masing-masing supaya mesej yang disampaikan lebih mudah difahami masyarakat.

Bagi Kelantan, beliau berkata 15 kakitangan telah dilatih dan sedang menjalankan tugas memberi penerangan berhubung CBP.

Berkenaan program khidmat masyarakat itu, beliau berkata ia bertujuan memberi sumbangan serta keperluan kepada surau dan setakat ini melibatkan 51 buah surau di Kelantan.


CBP, GST

Artikel Sebelum

Artikel Lain