suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesan Tayar Bawa Kepada Penemuan Kereta 'Terjun' Sungai

Pasukan bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat di tempat kejadian.

KOTA KINABALU: Perasaan ingin tahu seorang pekerja ladang menjejaki kesan tayar ke arah sungai di sebuah jalan di Beluran terjawab apabila dia menemui sebuah kereta terbabas dari jalan dan menjunam ke dalam air.

Pemandunya, Clifford Nicholas, 34, ditemui mati di tempat kejadian, berkemungkinan lemas selepas kereta Nissan Skyline yang dipandunya terjunam ke dalam sungai.

Clifford sedang memandu pulang selepas menghadiri perhimpunan keluarga di daerah Beluran apabila keretanya tergelincir dan menjunam ke dalam sungai sekitar pukul 4.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran Supritendan Sivanathan Velautham berkata pihak berkuasa percaya dia telah terperangkap dalam keretanya dan lemas.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya dapat diketahui kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin apabila pekerja itu melihat kesan tayar di atas tanah dan memutuskan untuk menyiasat ke arah mana ia  dipandu, katanya.

"Clifford meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia tiga bulan," katanya.

Mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Beluran untuk bedah siasat, kata Sivanathan.

Artikel Berikut

Artikel Lain