suria

Lelaki Pandu Aston Martin Maut Kemalangan

PETALING JAYA: Pemandu kereta jenis Aston Martin terbunuh di tempat kejadian selepas keretanya merempuh tiang dan penghadang jalan di KM18 Lebuhraya Baru Pantai.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, cuba mengelak daripada sebuah motosikal dari arah lalu lintas bertentangan di lorong memotong, kira-kira pukul 1.40 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata Muhammad Sirajullah sedang memandu dari Pantai Dalam apabila kemalangan itu berlaku berhampiran Jalan Templer.


"Kereta itu terbabas dan merempuh tiang dan penghadang jalan apabila pemandunya cuba mengelak daripada sebuah motosikal. Pemandu tercampak ke luar kereta dan mati di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata bahagian-bahagian enjin, tayar dan pemuka kereta terbabit berterbangan ke sebuah kereta Proton Persona di lorong tengah. Pemandunya, Azlin Mohamed Azhari, 43, cedera ringan.

Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain