suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Formula Pengiraan Harga RON95, Diesel Diumum Tidak Lama Lagi

Datuk Seri Hasan Malek
KUALA LUMPUR: Formula yang digunakan untuk mengira harga diesel dan RON95 akan diumumkan tidak lama lagi dalam versi yang telah dipermudahkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.


Beliau berkata versi pengiraan formula tersebut akan dimuat naik di laman web kementerian itu bagi membuat pengiraan harga petrol RON95 dan diesel untuk orang ramai.

Katanya, pengiraannya agak rumit tetapi beliau faham bahawa orang ramai perlu tahu bagaimana harga tersebut diperolehi.

"Kami akan mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu dan kemudian kami akan memasukkan versi pengiraan yang telah dipermudahkan itu di laman web kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa pelancaran kempen beli barangan buatan Malaysia dan kempen kembali ke sekolah yang diadakan di AEON AU2 di Setiawangsa, Selasa.

Artikel Lain