Jumlah Mangsa Banjir Di Changkat Jong Menurun Kepada 182 Orang - Semasa | mStar

Jumlah Mangsa Banjir Di Changkat Jong Menurun Kepada 182 Orang

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir (baju petak) membantu menyendukkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di sini, Ahad.

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong, Teluk Intan berkurangan kepada 182 orang pagi Isnin berbanding 192 orang petang Ahad.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, 10 daripada 192 mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dibenarkan pulang sejak Ahad malam.

Beliau berkata, mangsa yang masih berada di sekolah itu melibatkan 58 keluarga.

Ini merupakan kali kedua Changkat Jong dilanda banjir dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan airnya melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

Kejadian pertama berlaku pada 14 November lepas melibatkan 56 mangsa daripada 16 keluarga.

Changkat Jong , banjir , keluarga

Artikel Sebelum

OUM Kurangkan Yuran Pengajian Untuk Banduan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain