15 Tukang Urut Warga Asing Tanpa Permit Ditahan Di George Town - Semasa | mStar

15 Tukang Urut Warga Asing Tanpa Permit Ditahan Di George Town

Mior Faridalathrash Wahid

GEORGE TOWN: Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan berasingan di Farlim dan Medan Angsana, Air Itam awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Operasi Bersepadu berakhir pukul 3 pagi itu mendapati wanita terbabit tidak memiliki permit untuk bekerja di negara ini selain menyalah guna pas lawatan sosial.

"Sisasatan lanjut juga mendapati sebuah daripada premis iaitu di Medan Angsana beroperasi tanpa lesen," katanya.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 23 dan 30 tahun terdiri daripada sembilan warga Thailand, Vietnam (tiga), China (dua) serta seorang warga Indonesia.

Beliau berkata, seorang wanita dan empat lelaki tempatan berusia antara 30-an dan 40-an yang merupakan majikan warga asing itu termasuk tiga pelanggan lelaki ditahan untuk membantu siasatan.

Mior Faridalathrash berkata, operasi lima jam di seluruh Daerah Timur Laut yang melibatkan 88 pegawai 342 anggota itu turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun kerana disyaki memandu kereta curi di Lorong Batu Lanchang di sini.

Beliau berkata. kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki yang berasal dari Kuching, Sarawak itu pernah dilapor hilang di Selayang, Selangor pada Mei lepas.

Dalam pada itu Mior Faridalathrash berkata, sebanyak 366 kenderaan diperiksa meliputi 300 motosikal, 57 kereta dan sembilan van melibatkan 520 pemandu serta penumpang.

Katanya. sejumlah 26 notis saman POL 257 dan 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik antaranya memandu melebihi had laju, meletakkan kenderaan ditempat tidak dibenarkan dan tiada lesen memandu.


tukang urut , Georgetown , tanpa permit

Artikel Sebelum

Pemimpin Umno Perlu Ada Dua 'K' - Najib

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain