suria

Bomba Arah Lombang Arang Batu Ditutup Sementara

Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak keluar dari pintu masuk lombong arang batu yang meletup di Selantik, Pantu dekat Sri Aman, Sabtu.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengarahkan supaya lombong arang batu di Pantu dekat Sri Aman khususnya kawasan terowong yang meletup pagi semalam ditutup buat sementara waktu bermula tengah malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba Sri Aman, Ranger Moos berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) telah mengenal pasti kebocoron gas serta jenis gas yang terdapat di dalam terowong itu.

"Pada pukul 8.30 malam tadi (Sabtu), seramai lima anggota Hazmat telah masuk ke dalam terowong berkenaan hingga jarak 260 meter dan berjaya mengesan gas metana yang sudah tersebar sehingga jarak tersebut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berikutan penemuan itu, arahan penutupan sementara telah dikeluarkan.

"Berikutan arahan itu juga, tidak ada lagi pekerja yang bertugas menjaga pam air yang mengeluarkan air dari dalam terowong ke luar. Apabila pam air tidak beroperasi, terowong akan dipenuhi air yang dapat membantu memulihkan keadaan terowong," katanya.

Ranger berkata, pihaknya turut menunggu kehadiran jurutera syarikat lombong itu bagi mengesahkan keselamatan struktur terowong untuk dimasuki.

Artikel Lain