Pesara Tentera Dituduh Menipu Wang RM30,000 - Semasa | mStar

Pesara Tentera Dituduh Menipu Wang RM30,000

IPOH: Seorang pesara tentera pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu membabitkan wang sebanyak RM30,000, tahun lepas.

Nordin Ahmad, 52, dari Jitra, Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Tertuduh yang pernah bertugas sebagai Sarjan Udara dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia itu didakwa menipu Mohamad Firdaus Idris, 39, kononnya boleh mendapatkan projek membekal makanan bermasak kepada Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru, Pulau Pinang melalui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Perbuatan tertuduh kemudian mendorong Mohamad Firdaus memberi wang tunai berjumlah RM5,000 dan cek bank CIMB Islamic bernilai RM25,000 kepadanya sebagai wang pendahuluan projek tersebut.

Nordin didakwa melakukan kesalahan itu di PT 4159, Jalan Sultan Idris Shah, Lumut pada pukul 4 petang, 14 Dis tahun lepas.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus itu dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Madihah menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan passport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 7 Nov ini.


Menipu , Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain