suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek Maut Cuba Selamatkan Cucu Dari Dilanggar Kereta

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas maut dirempuh kereta apabila cuba menyelamatkan cucunya yang melintas jalan raya di Batu 2, Jalan Lintas Utara di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata, dalam kejadian 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Garatiah, 70, mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Duchess Of Kent di sini. 

Zabidi berkata, cucu perempuan mangsa, Nurbayah Saptal yang berusia lima tahun turut mengalami cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital sama.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah bandar Sandakan ke Batu 7 terlanggar kedua-dua mangsa yang berada di tengah jalan pada masa itu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila cucu Garatiah tiba-tiba berlari melintas dari kiri ke kanan jalan, kemudian disusuli oleh Garatiah yang cuba menyelamatkan cucunya sebelum kedua-duanya dilanggar.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh pemandu kereta berusia 30 itu.

Zabidi berkata pemandu kereta itu, seorang lelaki telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Artikel Lain