Tiada Sebab Khalid Letak Jawatan Adun Pelabuhan Klang - Faekah - Semasa | mStar

Tiada Sebab Khalid Letak Jawatan Adun Pelabuhan Klang - Faekah

faekah
Faekah Husin.

PETALING JAYA: Tiada sebab bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, kata bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Faekah berkata, beliau tidak mengetahui tentang Khalid memberi gambaran akan meletakkan jawatan itu. 

Selain Adun Pelabuhan Klang, Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

"Tiada sebab untuk Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang. Diharapkan para pengundinya tidak mendengar khabar angin yang tidak berasas itu," kata Faekah menerusi mesej teks kepada The Star Online.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Khalid akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekembalinya dari luar negara.

Khalid dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Ogos lalu kerana enggan mengundurkan diri sebagai menteri besar bagi memberi laluan kepada Presiden parti dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memegang jawatan itu.

Khalid pada 22 September lalu berkata, beliau akan meneruskan jawatannya sebagai anggota Parlimen tetapi status Adunnya akan diputuskan selepas sidang DUN pada November depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Siapa Faekah? - Azmin

Azmin Tidak Beku Skim Mesra Usia Emas

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain