suria

Azmin Pohon Restu Bonda

KUALA LUMPUR: Selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar, Azmin Ali berhenti untuk menunaikan solat di masjid sebelum menemuinya bondanya, Che Tom Yahya, 80, untuk mendapatkan restu wanita yang melahirkannya.

Majlis kesyukuran bagi meraikan pelantikannya sebagai menteri besar turut diadakan di rumah berkenaan, yang turut dihadiri kira-kira 100 orang. 

Azmin tiba di rumah keluarganya di Ulu Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa. 

Sebaik sahaja tiba beliau dipeluk dan dicium oleh bondanya sebelum Azmin memohon doa restu daripada Che Tom. 

Azmin memohon restu bondanya, Che Tom Yahya.

Beliau kemudiannya mengadakan sidang media, menceritakan kisah beliau dibesarkan di rumah kedua ibu bapanya itu. 

"Kami telah tinggal di sini sejak 1968. Ibu bapa saya berpindah ke sini, dan keluarga kami merupakan peneroka terawal untuk membina rumah yang dahulunya merupakan sebuah kebun getah. 

"Saya pernah menjadi pengembala kepada kira-kira 30 ekor kambing," kata Azmin mengimbas semula kenangan ketika zaman kanak-kanaknya. 

Azmin turut memohon sokongan dan dorongan daripada adik beradiknya yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Che Tom yang ditemui, turut mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja mendapat tahu anak lelakinya itu dipilih sebagai menteri besar yang baharu. 

Beliau turut berbangga dengan pelantikan Azmin, berharap anak lelakinya itu dapat mencapai kebahagian dalam apa jua perkara yang dilakukannya. 

Insiden tersebut nyata berbeza dengan apa yang berlaku kira-kira dua tahun lalu, apabila Che Tom mengakui Azmin mula menjauhkan diri daripadanya. Dengan linangan air mata si ibu menegur anak lelakinya itu secara terbuka meminta dia mengubah caranya itu. 
Azmin Ali, Che Tom Yahya

Artikel Lain