suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Mulakan Tugas MB Selangor Baharu

Azmin memulakan tugas sebagai MB Selangor ke-15.
SHAH ALAM: Azmin Ali memulakan tugas sebagai menteri besar yang ke-15 tepat pukul 7.55 pagi di Bangunan Sultan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam. 

Azmin, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang melepaska jawatannya sebagai menteri besar. 

Beliau yang berpakaian sut berwarna hitam disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat Menteri Besar. 

Khusrin kemudiannya memberikan taklimat ringkas kepada Azmin di pejabat Menteri Besar di tingkat 21. 

Selepas itu Azmin turut mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan di tingkat 22. 

Sempat meluangkan masa bercakap kepada pemberita, Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis untuk membincangkan barisan exco baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat. 

Timbalan Presiden PKR itu dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada Selasa.


Azmin, MB Selangor

Artikel Berikut

Azmin Pohon Restu Bonda

Artikel Lain