Tindakan Kepada Pihak Yang Cuba Bawa Keluar Sabah, Sarawak - KPN - Semasa | mStar

Tindakan Kepada Pihak Yang Cuba Bawa Keluar Sabah, Sarawak - KPN

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan pihak terbabit yang cuba mencetuskan pelbagai provokosi dan hasutan dalam media massa adalah mencabar Perlembagaan Negara.

"Mereka secara terbuka berkempen dan menyokong agenda untuk membawa isu itu dengan cara memansuhkan perjanjian Malaysia 1963 yang didakwa meminggirkan hak-hak Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.  

Golongan itu turut mengugut untuk mengaitkan Kerajaan Britain dalam isu berkenaan kerana didakwa bertanggungjawab mengikat kedua-dua negeri itu di dalam perjanjian itu.

Menurutnya tindakan mereka boleh menggugat ketenteraman awamyang akan menghancurkan perpaduan dan kedaulatan negara.

Khalid  menasihati pihak terbabit supaya tidak memainkan isu-isu sensitif dengan provokasi serta hasutan yang boleh menyebabkan berlakunya sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan Perlembagaan.

Selasa lepas, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyelar pihak terbabit dengan menganggap cadangan mereka untuk membawa keluar Sarawak danSabah daripada Persekutuan Malaysia sebagai idea bodoh.

Pada 10 September lepas, tiga lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin warga Filipina yang dikaitkan dengan usaha pihak tertentu membawa keluar Sabah dari Malaysia, diperintahkan menjalani tahanan di pusat pemulihan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

Sabah , Sarawak , KPN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain