suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPSR Bocor: Dua Lagi Guru Ditahan

KUALA LUMPUR: Dua lagi guru ditahan berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata, guru wanita berusia 26 tahun itu ditahan di Labis, Johor pada pukul 7 petang, manakala guru lelaki berusia 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 7.30 petang.

Beliau menambah, kedua-duanya direman pada Khamis di Putrajaya.

Penahanan dua guru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan berhubung kes itu seramai 12 orang setakat ini.

Gan menambah, lapan daripada mereka dibebaskan dengan jaminan.

UPSR Bocor

Artikel Lain