Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu, berkuat kuasa hari ini, terhadap tiga guru berkenaan berumur antara 24 tahun dan 36 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Ketiga-tiga guru itu ditahan di Negeri Sembilan malam Selasa.
Isnin lepas, empat lelaki direman empat hari hingga Khamis.
Pada Selasa polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang jurutera selama empat hari.
Susulan kebocoran soalan kertas Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 and 014/2 itu Khamis lepas, hampir setengah juta calon UPSR perlu menduduki semula peperiksaan kedua-dua kertas itu pada 30 September.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pada Jumaat lepas bahawa Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan mengenainya selesai.


