suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan PAS Kelantan Mampu Kekal Tanpa Nik Aziz

Datuk Ahmad Yakob.

KULAI JAYA: PAS Kelantan mampu mengekalkan rekod kemenangannya di negeri itu walaupun tanpa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau yakin PAS tidak berhadapan dengan masalah kehakisan sokongan rakyat di negeri itu kerana kerajaan yang dipimpinnya akan meneruskan dan memperkasakan program sedia ada.

Keyakinan itu sekaligus menolak kebimbangan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang meragui kemampuan partinya sendiri untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagi kita di Kelantan kita meneruskan agenda yang telah pun dipersetujui bersama. Kita hanya meneruskan program pembangunan bersama Islam.

"Kita hanya memperkasakan dengan merakyatkan semula program yang dibuat selama ini. Tidak ada masalah, PAS tak akan terkesan," katanya kepada pemberita selepas majlis penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata Suhaizan mengutarakan kebimbangan tanpa mengetahui situasi sebenar di Kelantan.

"Suhaizan tidak terlibat secara langsung dengan pentadbiran kita di Kelantan. Mungkin itu pandangan beliau," katanya.

Pada Selasa, Suhaizan mengingatkan penyokong PAS bahawa kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya pasti itu gagal meningkatkan prestasi pentadbirannya serta menguruskan masalah dalaman dengan baik.

Amaran keras itu dinyatakan supaya kepimpinan tertinggi PAS tidak terus bergantung kepada faktor 'Nik Aziz' untuk terus mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, faktor ketokohan Nik Abdul Aziz tidak boleh terus dijadikan modal politik PAS untuk meraih sokongan rakyat.

Artikel Berikut

Artikel Lain