suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Pelajar Lemas Di Cherating Ditemui

KUANTAN: Mayat seorang pelajar lelaki sebuah kolej di Kemaman, Terengganu, Muhammad Aiman Abd Khalid, 19, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama rakan di pantai peranginan Cherating, dekat sini Isnin lepas, ditemui Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mayat Muhammad Aiman ditemui di persisiran Pantai Teluk Mok Nik, Kemaman kira-kira 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

"Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk proses pengecaman oleh keluarga dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Beliau berkata dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilancarkan sejak Isnin lepas, dihentikan serta-merta.

Dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Aiman pelajar Kolej Ranako, Kemaman hilang ketika sedang mandi-manda bersama tujuh rakannya di pantai berkenaan.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat pada 6.47 petang.


Lemas, Cherating

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain