suria

MH17: Dua Lagi Mangsa Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR: Seramai 15 orang anak kapal MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine telah dikenal pasti.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, anak kapal terakhir yang dikenal pasti ialah Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44.

Manakala penumpang terbaharu yang dikenal pasti adalah Liew Yau Chee.

"Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa Belanda untuk mempercepatkan proses pengecaman terhadap tujuh orang lagi mangsa.

"Kami berharap semua mangsa sudah berada di Belanda, dan jika sebaliknya kita perlu kembali ke lokasi insiden untuk mencari mereka," katanya.

Setakat ini, seramai 32 orang rakyat Malaysia dan tiga mangsa dari Belanda dibawa balik ke Malaysia dari Amsterdam.

"Kami sedang menguruskan untuk membawa empat lagi mangsa, termasuk dua orang anak pekerja Shell, Tambi Jee yang dikenal pasti minggu lepas," jawab Tiong Lai.

Dua mangsa itu adalah Marsha Azmeena,15, dan Muhammad Afzal,17.

Tambi,49, dan isterinya Ariza Gazalee,47, bersama empat orang anaknya terbunuh dalam insiden pada 17 Julai lalu.

Kesemua mereka telah dikenal pasti kecuali anak bongsu Muhammad Afruz,13.

Ketibaan jenazah seterusnya dijangka akan tiba Khamis ini.

MH17

Artikel Sebelum

Artikel Lain