suria

Soalan UPSR Bocor: Dua Guru Dibebas Dengan Jaminan Polis

Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kerta Bahasa Inggeris Kertas 1.

KUALA LUMPUR: Dua daripada empat orang guru yang ditahan berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sains dan Inggeris dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kedua-dua guru itu dibebaskan selepas mengambil kenyataan mereka.

"Dua lagi suspek berusia 30 dan 54 tahun telah dibawa balik ke Kuala Lumpur bagi membantu meneruskan siasatan.

"Jika kita gagal meneyelesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam, dua orang guru itu akan ditahan reman di Putrajaya hari ini (Isnin)," katanya.

Empat orang guru sekolah rendah dari Penang dan Parit Buntar melibatkan tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang Ahad.

Polis juga telah mengambil keterangan daripada sepuluh orang individu terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Kerta UPSR Bocor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain