suria

Siasatan Lanjut Diperlukan Bagi Menentukan Apa Sebenarnya Berlaku Kepada Pesawat

Datuk Seri Najib Tun Razak

PETALING JAYA: Siasatan lanjut diperlukan sebelum membuat penentuan sepenuhnya mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 pada 17 Julai lalu kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Laporan awal menunjukkan bahawa 'objek bertenaga tinggi' menembusi pesawat dan menyebabkan ia pecah berkecai di udara," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di laman blog beliau. 

"Objek berkuasa tinggi itu menembusi pesawat berkenaan dan membuatkan ia berkecai di udara seperti yang disebut dalam laporan awal itu, yang menimbulkan syak bahawa peluru berpandu udara telah digunakan untuk menjatuhkan MH17.

"... bagaimanapun siasatan lanjut diperlukan sebelum kita benar-benar pasti," katanya.

"Saya menggesa semua pihak untuk bekerjasama erat bagi membantu siasatan ini dan pengeluaran laporan akhir," katanya.

Najib menyambut baik laporan awal yang dikeluarkan itu yang merupakan hasil usaha siasatan bersama.

Laporan itu mengesahkan bahawa MH17 sedang terbang dalam ruang udara bebas di bawah kawalan pengawal trafik udara tempatan dan mengikut laluan serta pada altitud yang dibenarkan oleh pengawal trafik udara.

"Dalam pada itu, yang paling diutamakan ialah pasukan penyiasatan harus diberi akses sepenuhnya tanpa halangan di kawasan nahas bagi mereka menemukan baki mayat, menyiapkan penyiasatan dan menentukan kebenaran yang berlaku. Disebabkan ini jugalah satu pasukan Malaysia dihantar ke Ukraine semalam.

"Ini merupakan tanggungjawab kita kepada keluarga mangsa, yang memang dalam ingatan kita hari ini," katanya.

MH17, laporan awal

Artikel Lain