Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegar Dekat Micronesia - Semasa | mStar

Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegar Dekat Micronesia

WELLINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegar kawasan dekat Micronesia pada Khamis tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata pakar geologi.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku pada kira-kira jam 6.56 pagi waktu tempatan dan pada kedalaman 10 kilometer, 99 kilometer tenggara Ifalik, Miconesia. 

 Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpusat di Hawaii berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi berkenaan.

ancaman tsunami , Micronesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain