Hudud: PAS dan UMNO Tidak Perlu Bergabung - MB Kelantan - Semasa | mStar

Hudud: PAS dan UMNO Tidak Perlu Bergabung - MB Kelantan

KOTA BAHARU: PAS tidak perlu bergabung dengan Umno, yang dilihat menyokong cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, sebaliknya kedua-dua parti perlu komited untuk melaksanakan hukum Islam itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, hukum hudud adalah tuntutan dalam Islam dan isu penggabungan kedua-dua parti itu tidak perlu dibangkitkan langsung.

"Yang penting Majlis Tertinggi yang dianggotai orang Muslim (PAS dan Umno) perlu tunjukkan satu komitmen yang mereka mahu undang-undang Islam, itu sahaja.

"Tiada isu yang berbangkit sehingga PAS perlu masuk Umno atau Umno masuk PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-4 Pertubuhan Kebajikan Penyokong Setia Tok Guru, di Dewan Jubli Perak di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Facebooknya yang menyebut PAS tidak akan bergabung dengan Umno walaupun Umno bersetuju untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ahmad berkata beliau turut menyangkal kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa cadangan pelaksanaan hukum hudud tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakyat Kelantan.

"Saya tidak lihat begitu, mungkin mereka melihat dalam konteks yang berbeza. Peratusan orang Islam di negeri ini adalah 95 peratus berbanding negeri-negeri lain yang terdiri daripada 40 peratus orang bukan Islam.

"Mungkin bagi mereka agak susah. Kita tidak fikir benda ini menjadi satu penghalang, kita mempunyai 95 peratus orang Islam di negeri ini," katanya.


Menteri Besar Kelantan , hudud , PAS , Umno

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?