Penjara 5 Hari, Denda RM500 Akibat Ugut Pekerja TNB - Semasa | mStar

Penjara 5 Hari, Denda RM500 Akibat Ugut Pekerja TNB

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara lima hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut pemeriksa meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang bertugas.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan R. James menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangka pada 4 Mei lalu.

Beliau juga memerintahkan supaya James dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda itu.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mohd Rafizi Mohd Razali dengan cara mengugut mahu menyerangnya dengan tujuan untuk menakutkannya di Tingkat 12, Blok 28, Taman Sri Murni, Sentul pada 11.20 pagi, 4 Mei lalu.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling, tertuduh cuba menyerang mangsa dengan menggunakan kapak ketika Mohd Rafizi hendak mencabut sambungan meter haram yang dipasang di kediamannya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain