suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor Tolak Tawaran Warta Lokasi Perhimpunan

KUALA LUMPUR: Tawaran untuk mewartakan beberapa lokasi di Selangor bagi tujuan perhimpunan awam di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 ditolak kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Salah satu lokasi yang dicadangkan ialah Stadium Shah Alam namun mereka tidak benarkan supaya ia diwartakan. Saya tidak tahu apa alasan mereka.

"Di Parlimen mereka bercakap mengenai hak untuk berhimpun, namun di negeri yang mereka tadbir...mereka amalkan double standard," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini pada Isnin.

Tambah Ahmad Zahid, beliau terkejut apabila diberitahu cadangan berkenaan ditolak kerajaan Selangor selepas perbincangan dibuat.

"Jika perkara ini dibentangkan di Parlimen, pendirian saya akan menjadi pendirian kerajaan. Saya akan ikut dan pastinya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain juga akan bersetuju," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain