MP DAP Pertahan Status FB Serang Khalid - Semasa | mStar

MP DAP Pertahan Status FB Serang Khalid

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mendakwa terpaksa 'mandi kerbau' apabila berada di Selangor, tidak akan berganjak daripada pendiriannya menyerang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung krisis air di negeri itu.

"Saya sudah katakan apa yang perlu dan saya pertahankan pendirian saya. Ambil atau lepaskan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kritikan orang ramai terhadapnya selepas memuat naik status di laman Facebook yang menggesa supaya Abdul Khalid meletak jawatan.

Sehingga Ahad, status berkenaan menerima 80 'likes'.

Menerusi statusnya, Ooi berkata walaupun beliau tinggal di kawasannya di sini, beliau turut mempunyai rumah di Subang Jaya dan selalu kembali ke sana setiap dua minggu.

Katanya keadaan krisis air di Selangor menyebabkan beliau terpaksa 'mandi kerbau' iaitu merujuk kepada catuan air di negeri itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

PFA gantung jawatan presiden