suria

Pengarang Kanan Utusan Malaysia Meninggal Dunia

Allahyarham Kamaruzaman (kiri) menemubual rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf pada tahun 2000 di Jolo.

PETALING JAYA: Pengarang Kanan Pemprosesan Utusan Malaysia, Kamaruzaman Mohamad meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada pagi Isnin.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Pok Me, 53, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami komplikasi buah pinggang.

Jenazah beliau dibawa ke Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan bagi  dikebumikan.

Kamaruzaman mula berkhidmat bersama Utusan Malaysia sebagai wartawan pada April, 1984.

Berbekalkan pengalaman yang ada, pada tahun 2000, Kamaruzaman menjadi wartawan Malaysia yang berjaya menjejak kaki ke kem pengganas terkenal di Asia Tenggara iaitu Abu Sayyaf di Jolo bagi menemubual tebusan rakyat negara ini yang diculik.

Allahyarham Kamaruzaman 

Allahyarham juga sempat menemubual Komander Robot yang merupakan ketua Abu Sayyaf ketika itu.



Jolo, Malaysia, Utusan Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain