suria

Khairy Bidas Kenyataan Tidak Sensitif Zulkifli Kerana Kematian Karpal

Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women "Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya'.

Artikel Lain