suria

Lebih Banyak Negara Mahu Bantu Cari Pesawat MH370 - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.

KUALA LUMPUR: Lebih banyak negara telah menyuarakan hasrat dan kesediaan untuk membantu dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, yang masuk hari ke-39 pada Rabu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata: "Tatkala kami meneruskannya (misi mencari)...jika sesetengah negara mungkin mahu mengurangkan pembabitan, terdapat negara lain tampil menawarkan bantuan.

"Kami mempunyai rakan di Timur Tengah yang mahu membantu tetapi mereka tidak mempunyai aset untuk memberikan bantuan langsung, (jadi) kami perlu mencari cara dan kaedah tentang bagaimana mereka boleh memberikan atau memulakan bantuan," katanya.

Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan enggan mengulas lanjut tentang negara-negara yang telah menawarkan bantuan.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian antara SME Ordnance Sdn Bhd (SMEO) dengan Rheinmetall Waffe Munition GmbH, Poly Group China dan Thai Arms Co Ltd Thailand pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014  di sini, Rabu.

Hishammuddin Tun Hussein, MAS, MH370

Artikel Lain